Giliran pemimpin PH Perak menghadap Sultan Perak

0
2

TIGA pemimpin Pakatan Harapan (PH) Perak tiba di Istana Kinta di Ipoh untuk menghadap Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, dilihat tiba menaiki kenderaan secara berasingan pada jam 2.55 petang tadi.

Ia disusuli Pengerusi Parti Amanah Perak, Datuk Asmuni Awi, yang tiba 10 minit kemudian.

Ketiga-tiga pemimpin dipercayai menghadap sembah maklum situasi politik di negeri itu.

Terdahulu pagi tadi, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas menghadap Sultan Perak memaklumkan Umno telah mempersembahkan surat memohon perkenan mempertimbangkan calon Menteri Besar.

“Pengumuman untuk nama Menteri Besar Perak akan dibuat oleh Tuanku sendiri dan sebarang kenyataan selepas ini akan dikeluarkan oleh pihak istana,” katanya.

Beliau juga memaklumkan Umno amat yakin calon Menteri Besar tersebut telah mendapat sokongan majoriti Adun yang lebih daripada mencukupi.

Dalam satu kenyataan pagi tadi, DAP Perak memaklumkan telah membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Umno demi membentuk sebuah kerajaan berbilang kaum yang bersih, kukuh dan stabil.

Pengerusinya, Nga Kor Ming, berkata keputusan dibuat selepas mengambil kira situasi di Perak di mana tiada satu parti mempunyai majoriti membentuk kerajaan yang stabil. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here