Nurul Huda Abhar
MULAI 2021 semua pelajar dan murid dibenar untuk memilih sama ada memakai kasut berwarna hitam atau putih serta stoking mengikut warna kasut yang dipakai.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi pekeliling yang dikeluarkan memberitahu, peraturan pemakaian kasut dan stoking oleh murid sekolah rendah dan menengah sepanjang sesi persekolahan mulai 2021 adalah seperti berikut:
- Kasut berwarna hitam dan stoking hendaklah dipakai bersama-sama stoking berwarna hitam; atau
- Kasut berwarna putih hendaklah dipakai bersama-sama stoking berwarna putih.
“KPM juga menetapkan bahawa kasut adalah yang diperbuat daripada kanvas atau bahan sintetik lainnya seperti nylon dan polyester yang mempunyai daya resap dan penyaluran gerak udara dengan mengambil kira faktor keselesaan, keselamatan dan kesihatan (3S),” katanya pekeliling itu.
Pelaksanaan pemakaian kasut hitam untuk murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara yang bermula pada 2019, sepatutnya berkuat kuasa sepenuhnya mulai 2021.
Idea penggunaan kasut hitam untuk murid dan pelajar sekolah dicetuskan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik. – Malaysiapost

