Annuar Musa sindir siapa?

0
2
KUALA LUMPUR, 27 Feb -- Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa bercakap ketika sidang media selepas pertemuan khas di ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Muhammad Mustakim Ramli

CARI populariti bukan bermakna ia perjuangan, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa.

Menerusi status di Facebook, Annuar seolah-olah ‘menyindir’ pihak tertentu dalam beberapa isu yang berkemungkinan berkaitan parti.

“Kerja mendamaikan jauh lebih sukar berbanding dengan menghasut dan mengadu domba.

“Sekadar ‘main angin’ untuk cari populariti bukan bermakna ianya perjuangan, tetapi lebih kepada mencari kesempatan.

“Perasan hebat secara berlebihan adalah tanda punca kejatuhan. Apa lagi bila merasakan diri hebat dan diri saja yang betul, orang lain semua salah,” katanya.

Sementara itu, dalam status berasingan, Ahli Parlimen Ketereh itu berkata tidak semua serangan memerlukan serangan balas, hanya perlu perhati dan bersabar.

“Jika penyerang sedang membunuh diri melalui serangannya, biarkan dia menyerang. Jika kekuatan pihak yang menyerang di ketahui tak seberapa, biarkan dia keletihan menyerang, kita cuma perlu memerhati dan banyakkan bersabar,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here