Berhenti berbalah, kembali ke meja rundingan – DPIM

0
1

Fitri Nizam

PERBALAHAN dan percakaran politik yang boleh mengundang krisis harus dikendurkan selain kembali ke meja rundingan untuk menyelesaikan masalah, kata Ketua Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM), Shahir Adnan.

Beliau berkata, masalah terbesar yang dihadapi rakyat ketika ini adalah menangani wabak Covid-19 dan keruncingan krisis ekonomi. 

Katanya, tahun ini menyaksikan kehidupan rakyat di negara kita makin tersepit dan terhimpit apabila ramai yang hilang pekerjaan, seterusnya tahun ini yang bakal berakhir beberapa minggu lagi akan menutup lembaran dengan keadaan yang suram. 

“Wakil rakyat dan pemimpin politik seharusnya menjadikan dua isu utama ini sebagai perkara asas dalam tindakan politik mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, perbalahan politik seperti krisis politik di Perak dan pelbagai kenyataan seperti isu kuil di Kedah dan percakaran parti politik seharusnya dikendurkan. 

Menurutnya, DPIM menggesa semua ketua sayap parti politik supaya bersama-sama ke meja rundingan dan tidak mengeluarkan kenyataan menyakitkan hati sesama kita. 

“Apa jua permasalahan atau isu boleh diselesaikan dengan cara baik dengan berbincang dan ‘musyawarah’. 

“Sememangnya IKATAN merupakan parti yang kerdil berbanding parti-parti gergasi yang lain, namun idealogi IKATAN mahukan kesejahteraan politik untuk semua kaum dan agama,” katanya.

Timbalan Pengerusi IKATAN Kelantan itu berkata, perbalahan yang berlaku dilihat bakal memburukkan lagi situasi politik tanah air, seterusnya mengancam ekonomi negara. 

“Adakah kita semua sedar bahawa pada 4 Disember lalu, Fitch Ratings telah memberikan penarafan yang lebih rendah kepada ekonomi Malaysia? 

“Jika waktu kerajaan Pakatan Harapan (PH), rating A+ diturunkan kepada A-, kini negara kita diturunkan kepada BBB+, terendah sejak 22 tahun. 

“Hal ini disebabkan oleh kemerosotan tadbir urus dan ketidakstabilan politik yang berterusan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here