Sultan Perak zahir titah terima kasih kepada Ahmad Faizal

0
1

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan titah terima kasih kepada Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang telah melaksanakan tugas Menteri Besar sejak 12 Mei 2018.

Menerusi kenyataan hari ini, Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja Kepada Sultan Perak, Datuk Abd Rahim Mohamad Nor berkata baginda turut menzahirkan titah terima kasih kepada semua ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Perak atas perkhidmatan mereka.

Ahmad Faizal sebelum ini dua kali mendapat perkenan baginda mengangkat sumpah jawatan, kali pertama pada 12 Mei 2018, dan kedua pada 13 Mac 2020.

Abd Rahim berkata, Sultan Perak telah menerima menghadap Ahmad Faizal yang juga Ahli Dewan Negeri (Adun) Chenderiang pada jam 3 petang semalam di Istana Kinta Ipoh.

“Susulan kehilangan sokongan majoriti dalam usul undi percaya semasa Mesyuarat Ketiga, Tahun Ketiga, Dewan Negeri pada 4 Disember, Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Faizal menyembah watikah memaklumkan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar terjejas secara langsung.

“Ia berdasarkan peruntukan Fasal (1) Perkara XII, dan perenggan (a) Fasal (2) perkara XVI (6), Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

“Dengan itu beliau mempersembah hasrat meletak jawatan sebagai Menteri Besar bersama ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, permohonan meletak jawatan sebagai Menteri Besar bersama ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang dipersembahkan melalui warkah bertarikh 5 Disember 2020 mendapat perkenan Baginda. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here