Krisis Perak: Zahid menghadap Sultan Nazrin Shah

0
1

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Istana Kinta di Ipoh pagi tadi untuk menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Difahamkan, ia bagi menyembah maklum pendirian parti berhubung kemelut terkini politik negeri itu.

Kenderaan membawa Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu dilihat memasuki pintu masuk Istana Kinta pada 9.47 pagi tadi.

Bernama mealporkan malam tadi, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, menghadiri mesyuarat khas Badan Perhubungan Umno Perak di Ipoh.

Kemelut politik bermula selepas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu daripada Bersatu, gagal memperoleh sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dalam usul percaya yang dikemukakan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), kelmarin.

Dalam undian sulit yang dijalankan, Ahmad Faizal yang juga Adun Chenderiang hanya mendapat 10 undi, berbanding 48 menolak manakala satu berkecuali.

DUN Perak merangkumi 25 Adun BN yang semuanya daripada Umno, DAP (16), Amanah (5), Bersatu (5), PKR (3) dan PAS (3), manakala Gerakan dan Bebas masing-masing satu kerusi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here