Jangan sesekali PH kuasai semula Perak – Tuan Ibrahim

0
1

JANGAN beri peluang Pakatan Harapan (PH) kuasai Perak, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, PAS yakin Umno mempunyai formula penyelesaian harmoni untuk memastikan Perak kekal di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya yakin penyelesaian dibuat di peringkat negeri, pastinya ada jalan keluar. Insya-Allah.

“Apa yang penting jangan sesekali PH menguasai semula kerajaan Perak. Muafakat kena jaga supaya Perak kekal di bawah PN,” katanya seperti dilapor TV3.

Beliau berkata perselisihan antara Umno, Bersatu serta PAS di negeri itu perlu diselesaikan secara rundingan.

“Implikasinya bukan sahaja di Perak tetapi juga di Pusat dan mungkin negeri lain. Saya percaya Umno ada jalan penyelesaian untuk dibuat,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, menegaskan wakil parti itu tidak akan menyertai pembentukan kerajaan Perak yang baharu, susulan keputusan penolakan usul undi percaya kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, semalam.

Bagaimanapun, Takiyuddin berkata, semua Adun PAS akan terus berperanan seperti dalam masyarakat di peringkat negeri dan nasional. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here