DUN Johor sebulat suara lulus Belanjawan

0
1

PERSIDANGAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang dikatakan bakal ‘kecoh’ sebaliknya berlangsung tenang, hari ini.

DUN sebulat suara meluluskan Belanjawan Johor 2021 berjumlah RM1.857 bilion untuk mendepani wabak Covid-19.

Ia sekali gus menepis ura-ura sidang DUN hari ini akan berlaku kekecohan susulan perkembangan politik yang melanda Perak, kelmarin.

Belanjawan Johor 2021 dengan tema ‘Berdaya Tahan Demi Kemakmuran’ itu dibentangkan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad pada 26 November lalu.

Belanjawan itu mengalami defisit RM248.14 juta, selepas ia merekodkan belanjawan lebihan 10 tahun berturut-turut, sebelum ini.

Hasni, ketika membentangkan belanjawan itu berkata, ia berikutan unjuran hasil negeri adalah RM1.609 bilion manakala unjuran perbelanjaan pula berjumlah RM1.857 bilion. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here