Beri semangat kepada Syafiq – Cheng Hoe

0
1

KETUA Jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe meminta semua pihak memberi semangat kepada penyerang, Syafiq Ahmad yang kehilangan anak lelaki dan ibu mentuanya dalam kemalangan awal pagi tadi.

Katanya, pihaknya memahami situasi dihadapi Syafiq ketika ini kerana bukan mudah berdepan dugaan kehilangan dua orang yang tersayang.

“Beliau boleh mengambil berapa lama masa yang diperlukan untuk kembali pulih sama ada mental dan fizikal, malah kita akan sentiasa memberi semangat selain sokongan ahli keluarga, rakan-rakan pasukan dan penyokong yang setia bersama selama ini.

“Kita sedar, memang bukan mudah untuk kehidupannya kembali seperti biasa namun kami semua mendoakan yang terbaik buatnya,” katanya seperti dilapor Kosmo.

Terdahulu bekas Ketua Jurulatih Kedah yang pernah membimbing Syafiq bersama skuad Hijau Kuning itu meluangkan masa berbual sambil memberikan kata-kata semangat kepada Syafiq Hospital Sungai Bakap (HSB). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here