1,335 kes Covid-19 hari ini, 6 negeri catat tiga digit

0
1

Fitri Nizam

SEBANYAK 1,335 kes positif Covid-19 dikesan hari ini dengan Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 337 kes, selain Negeri Sembilan yang menunjukkan peningkat mendadak iaitu 258 kes.

Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 72,694 manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 11,039.

Selangor mencatatkan 221 kes semalam manakala Negeri Sembilan 10.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata negeri-negeri di Lembah Klang melaporkan jumlah kes harian sebanyak 515 kes (38.6 peratus).

Katanya, Sabah mencatatkan 250 kes (18.7 peratus) selain Kuala Lumpur (178), Johor (125), Perak (108), Pulau Pinang (31), Labuan (21), Kedah (17), Pahang (4), Melaka (3), Kelantan (2), Terengganu (1).

“Sebanyak 243 kes (18.2 peratus) dilaporkan adalah berkaitan kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara.

“Ia membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (141 kes), Tembok (92 kes), PTS Sibuga (7 kes), Bakti (2 kes) dan Rumah Merah (1 kes),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, sehingga kini, terdapat 126 kes positif Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 57 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat tambahan dua kes kematianhari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah 382 (0.53 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here