Jepun tuan rumah Piala Dunia Kelab 2021

0
1

JEPUN akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Kelab mengikut format sedia ada pada hujung 2021, selepas perkara itu diumumkan Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino.

Bagaimanapun, cadangan untuk memperluas lagi kejohanan berkenaan ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19.

AFP melaporkan, ini bermakna terdapat dua kejohanan dalam tahun sama, dengan Qatar akan menganjurkan saingan 2020 pada 1 hingga 11 Februari sebelum edisi tujuh pasukan lagi berlangsung di Jepun pada Disember.

Jepun sudah menganjurkan Piala Dunia Kelab lapan kali sebelum ini dengan yang terbaharu pada 2016.

Kejohanan itu diperluaskan kepada 24 pasukan, termasuk lapan wakil dari Eropah dan akan diadakan di China tahun depan, namun ia akan ditetapkan dalam satu tarikh yang bakal diberitahu kelak kerana memberi laluan kepada saingan Euro 2020 dan Copa America pada Jun serta Julai depan.

“Berikutan situasi Covid-19 yang menyebabkan kejohanan format baru Piala Dunia Kelab ditangguhkan, kami membuat keputusan sekali lagi menggunakan format asal pada Disember 2021 serta memberi amanah kepada Jepun untuk menjadi tuan rumah,” kata Infantino.

Ini bermakna akan ada satu wakil dari Eropah, Amerika Selatan, Amerika Utara dan Tengah, Afrika, Asia dan Oceania, dengan Jepun bakal melengkapkan saingan itu.

Bayern Munich akan mewakili Eropah pada saingan Februari ini di Qatar, di mana wakil Jerman itu cuba untuk mengulangi pencapaian Liverpool, muncul juara edisi terdahulu di Doha. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here