MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menzahirkan penghargaaan kepada Pakatan Harapan (PH) selepas ditolak dalam undi percaya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
“Saya ucapkan terima kasih kepada semua barisan ahli-ahli dewan undangan negeri.
“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada rakan rakan seperjuangan saya dalam kerajaan Pakatan Harapan.
“I miss you guys sometimes actually, seriously,” katanya seperti dilaporkan MalaysiaKini.
Langkah Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar Perak terhenti hari ni.
Adun Chenderiang itu ditumbangkan dari tampuk kuasa kerajaan negeri menerusi usul undi percaya di Sidang Dewan Undangan Negeri Perak pagi tadi.
Hanya 10 daripada 59 Adun menyokong usul itu berbanding 48 yang menolak. Satu undi rosak atau berkecuali.
Dalam pada itu, beliau yang juga merupakan Timbalan Presiden Bersatu turut berharap usaha kerajaan PH sebelum ini diteruskan.
“Saya harap usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan PH utk menubuhkan seketriat wanita disambung oleh YB Kampung Gajah yang akan direalisasikan tahun depan.
“Kita sama-sama bagi sokongan ini, ia amat penting untuk golongan wanita,” katanya.
Faizal juga mengucapkan terima kasih kepada beberapa pihak lagi termasuk exco dalam kabinetnya namun tidak menyebut parti lain secara khusus. -Malaysiapost

