MB Perak: Saarani atau Zambry?

0
2

LANGKAH Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak terhenti sudah hari ni.

Adun Chenderiang itu ditumbangkan dari tampuk kuasa kerajaan negeri menerusi usul undi percaya di Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak tadi.

Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Bersatu gagal mendapat sokongan majoriti apabila hanya menerima 10 undi yang memihak kepadanya.

Sebanyak 48 undi menolak usul percaya dan satu undi rosak atau berkecuali.

Perkembangan terbaru di Perak ini tentulah amat menarik diikuti.

Spekulasi mula muncul adakah gabungan Perikatan Nasional (PN) di Perak sedang retak menanti belah?

Adakah Pakatan Harapan (PH) akan mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk kembali menjadi kerajaan di Perak.

Apapun spekulasi yang muncul, Kerajaan Perak mestilah ditubuh dengan segera.

Angin bertiup kencang bahawa Kerajaan Perak tidak jatuh ke tangan PH, yang bertukar hanyalah tampuk ketua pemerintah kerajaan negeri sahaja.

Jika itu adalah benar, PN akan terus menguasai Perak tetapi kali ini akan didominasi oleh Umno.

Menurut sumber, calon Menteri Besar dari Umno yang hangat diperkatakan ialah Pengerusi Umno Perak sendiri iaitu Datuk Saarani Mohamad

Adun Kota Tampan itu dianggap paling layak untuk mengetuai kerajaan Perak selain dianggap sebagai ‘orang lama’ yang tahu selok belok politik, dan sosio budaya Perak

Bagaimanapun, nama bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir juga muncul dan dikaitkan sebagai bakal Menteri Besar Perak yang baharu.

Namun, Umno dan Barisan Nasional dijangka lebih condong untuk mengemukakan Sharani sebagai Menteri Besar Perak yang baharu, sesuai dengan kedudukannya sebagai Pengerusi Perhubungan Umno dan Pengerusi BN Perak. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here