Krisis Perak: Peja akui terkilan, kerajaan PN Perak masih kekal

0
1

MENTERI Besar Perak yang hilang sokongan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan yang kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih wujud di negeri itu.

Beliau bagaimanapun mengakui terkilan dengan tindakan rakan sekutunya dari Umno yang membawa usul berkenaan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

“Setahu saya ya, (Bersatu masih bersama Umno dan PAS) mungkin lah bila hari ini mereka ambil tindakan seperti pagi tadi tanpa berbincang rakan-rakan lain tentunya kami sebagai contoh dari Bersatu berasa hati sikit.

“Kadang-kadang kita nak duduk balik bersembang tetap pada saya, kerajaan PN di peringkat pusat pun masih kekal. Saya tak minta lah PN di Perak berpecah pula,” katanya kepada media selepas bertemu Sultan Perak, di Ipoh hari ini.

Terdahulu Ahmad Faizal yang juga Adun Chenderiang itu ditumbangkan dari tampuk kuasa kerajaan negeri menerusi usul undi percaya di sidang DUN Perak pagi tadi.

Hanya 10 daripada 59 Adun menyokong usul itu berbanding 48 yang menolak. Satu undi rosak atau berkecuali.

Umno memiliki kerusi terbanyak dalam DUN Perak dengan 25 kerusi, diikuti DAP (16), Bersatu (6), Amanah (5) dan masing-masing tiga dimiliki PKR dan PAS, selain satu milik wakil bebas.

Mengulas mengenai pertemuannya dengan Sultan Perak, Ahmad Faizal berkata beliau hanya memaklumkan perkara yang berlaku kepada baginda.

Tuanku katanya akan mengadakan pertemuan bagi memilih Menteri Besar yang baharu.

“Saya sudah maklum kepada Sultan…Sultan perlu buat beberapanpertemuan sehingga ada keputusan untuk memilih seorang Adun yang mempunyai majoriti secukupnya untuk tubuh kerajaan,” katanya. – Malaysiapost.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here