Covid-19: Selangor, Sabah masih catat kes harian tertinggi

0
1

Nurul Huda Abhar

KES positif harian Covid-19 mencatatkan 1,141 kes baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 70,236.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Selangor dan Sabah menyamai bilangan kes harian tertinggi iaitu 320 kes, diikuti Kuala Lumpur 256 kes dan Johor 69 kes.

Katanya, Negeri Sembilan mencatatkan 15 kes, Pulau Pinang (48) , Perak (47), Kedah (24) , Kelantan (20), Pahang (15) serta masing-masing satu kes di Sarawak dan Perlis.

“Bilangan kes sembuh Covid-19 hari ini adalah 1,144 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya kini 59,061 iaitu 84.1 peratus daripada keseluruhan kes,” katanya dalam sidang media hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, hari ini tiada pertambahan kes kematian menjadikan jumlah kumulatif kematian kekal 376 kes.

Tambahnya, sehingga kini terdapat 129 kes positif Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 53 memerlukan bantuan pernafasan.
–Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here