SERAMAI 40 individu ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kejadian pergaduhan antara dua kumpulan di hadapan Plaza Low Yatt, Bukit Bintang petang tadi.
Pergaduhan membabitkan dua kumpulan itu dipercayai berpunca daripada perebutan pelanggan.
Menurut sumber, kejadian tidak membabitkan pergaduhan antara kaum.
Sebaliknya, ia berpunca daripada perasaan tidak puas hati sekumpulan lelaki kerana pelanggan mereka diambil peniaga lain.
Bagaimanapun, punca sebenar pergaduhan itu masih belum dalam siasatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan kejadian berkenaan dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.
“Setakat ini, siasatan masih dijalankan dan kenyataan media berhubung perkara itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya.
Terdahulu, viral di media sosial dua video yang menunjukkan sekumpulan lelaki sedang bergaduh di hadapan Plaza Low Yatt. – Malaysiapost

