Semua artis yang buat ujian saringan disahkan bebas Covid-19

0
1

Nurul Huda Abhar

SEJAK beberapa minggu lalu, sebilangan artis tempatan membuat ujian saringan Covid-19 setelah menjadi kontak kepada seorang rakan selebriti yang disahkan positif wabak itu baru-baru ini.

Semakan di laman Instagram (IG) mendapati artis-artis tersebut disahkan bebas Covid-19 selepas mendapat keputusan ujian saringan kedua.

Antara barisan artis berkenaan adalah Naim Daniel, Ernie Zakri, Syamel, Wany Hasrita, Sherry Al Hadad, Andi Bernadee dan Haziq Hot FM.

“Alhamdulillah, saya bebas dari Covid-19. Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Saya sudah selitkan doa buat kalian semua di baju yang saya pakai ni,” tulis Naim Daniel.

Bagi Ernie, walaupun dia dan Syamel bukan kontak rapat namun tetap membuat ujian saringan sebagai langkah berjaga-jaga.

“Selepas hampir dua minggu menjalani kuarantin, saya dan Syamel ambil keputusan untuk buat ujian saringan kedua walaupun bukan kontak rapat sebab kita tak tahu kan apa yang boleh terjadi. Alhamdulillah, hasil keputusan kami negatif.

“Syukur juga apabila doktor beritahu kami tidak perlu lagi menjalani kuarantin. Kami sudah boleh kembali bekerja. Terima kasih buat doanya. Saya doakan semua rakan lain mendapat khabar yang sama. Ini bukan lawak. Banyak perkara yang menyedarkan tahun ini. Syukur Ya Allah. Jaga diri semua,” katanya.

Sementara itu, bagi Sherry dan Haziq masing gembira tidak lagi perlu memakai gelang merah jambu dan berharap Alif Satar juga bebas Covid-19 tidak lama lagi.

“Selepas beberapa hari duduk di rumah sebab kena kuarantin, hari ini keluar rumah untuk menjalani ujian saringan kedua. Alhamdulillah, keputusan negatif dan gelang pun sudah dipotong,” kata Sherry.

“Hari ini selepas 14 hari kontak rapat dengan Alif Satar. Alhamdulillah, semua tenaga kerja SFMM35 negatif. Semoga Alif pun negatif juga tidak lama lagi,” tulis Haziq menerusi IG Story nya.

Sebelum ini, artis serba boleh, Alif Satar disahkan positif Covid-19 pada 22 November lalu.

Susulan itu, sejumlah besar artis yang terlibat dalam program hiburan yang turut dihadiri Alif menjalani ujian saringan Covid-19 bagi mengetahui status kesihatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here