PKPD bermula 6 Disember palsu – Kementerian Pertahanan

0
1

Muhammad Mustakim Ramli

KEMENTERIAN Pertahanan menafikan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di beberapa negeri bermula 6 Disember ini.

Menerusi kenyataan di Facebook, Kementerian Pertahanan menyatakan makluman yang tersebar itu adalah palsu.

“Ini adalah Berita Palsu. Jangan sebar berita yang mengelirukan. Tidak Pasti, Jangan Kongsi!,” katanya.

Makluman palsu itu menyatakan PKPD akan dilaksanakan di Selangor, Sabah, Labuan, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Terengganu dan Pulau Pinang.

Dikatakan PKPD itu bermula Ahad ini sehingga 3 Januari 2021.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here