Langkah Sheraton: Hishamuddin tak terbabit, apatah lagi perancang

0
1

“DATUK Seri Hishamuddin Hussein bukan perancang ‘langkah Sheraton’,” kata bekas pengasas bersama Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Beliau berkata Menteri Luar Negeri itu sememangnya tidak terlibat secara langsung penggulingan kerajaan Pakatan Harapan (PH) melalui ‘langkah Sheraton’ apatah lagi dikaitkan sebagai perancang utama.

Khairuddin berkata demikian selepas bekas Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong mendakwa, Hishamuddin bersama Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Datuk Seri Azmin Ali adalah dalang utama kepada ‘langkah Sheraton’.

Bagaimanapun, Khairuddin mengesahkan bahawa penglibatan Azmin dan Hamzah dalam langkah itu adalah fakta yang tidak dapat disangkal.

“Ahli parlimen Semberong ini bukan orang baru dalam dunia politik. Beliau sudah lama melibatkan diri dalam politik, sejak di usia muda.

“Perjalanan serta percaturan politik Datuk Seri Hishamuddin amat matang.

“Walaupun beliau masih berada dalam parti Umno dan kami sudah keluar dari Umno; saya sentiasa berpegang pada fakta kebenaran yang ‘benar tetap benar,” katanya dalam kenyataan.

Khairuddin yang juga bekas penggerak utama gerakan Deklarasi Rakyat sebelum ini, turut memaklumkan bahawa kesetiaan Hishamuddin pada Umno tidak boleh diragui oleh mana-mana pihak.

Katanya, beliau juga adalah ahli politik yang mempunyai pendirian teguh yang sukar untuk terpengaruh dengan gerakan politik mana-mana pihak.

Justeru, Khairuddin berkata, kenyataan yang dibuat oleh pemimpin DAP itu hanya bertujuan untuk memberi gambaran atau persepsi tertentu terhadap Hishammuddin. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here