Bangunan tepi sungai cemarkan Sungai Langat

0
1

Muhammad Mustakim Ramli

BANGUNAN tiga tingkat dipercayai dijadikan beberapa rumah di dalamnya dikesan menyebabkan pencemaran Sungai Langat.

Menerusi perkongsian di Facebook, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata hasil aduan orang ramai Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Air Selangor membuat siasatan di kawasan terbabit.

“Pagi tadi SPAN dan Air Selangor telah membuat siasatan sekitar Jalan Kenangan 6, Hulu Langat. 

“Terdapat aktiviti yang disyaki boleh menyebabkan pencemaran Sg Langat daripada bangunan kediaman yang tidak terurus,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, Sungai Langat adalah sumber air Loji Rawatan Air (LRA) Langat dan  laporan berhubung kes itu telah dimajukan kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Sementara itu, berdasarkan gambar yang dikongsi beliau kelihatan bangunan yang didirikan di tepi sungai itu berada dalam keadaan kotor, di mana kawasan sekitar dipenuhi sampah.

Turut kelihatan pakaian penghuni bangunan terbabit disidai. Tidak pasti sama ada bangunan itu dihuni rakyat tempatan atau warga asing. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here