Ismail Sabri sahkan buat laporan polis

0
1

Nurul Huda Abhar

MENTERI Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan membuat laporan polis susulan penyebaran gambar kononnya beliau tidak mengamalkan penjarakan fizikal ketika lawatan kerja ke Melaka, baru-baru ini.

“Memang benar ada laporan polis dibuat oleh pegawai saya tentang fitnah yang dimaklumkan terancang.

“Saya salah seorang yang dikaitkan dan walaupun sebagai orang politik kita biasa dari segi perkara-perkara (fitnah) seperti ini.

“Tetapi fitnah kita tidak boleh berlaku. Memang kita telah laporkan kepada polis. Jadi kita serahkan kepada pihak polis (menyiasat),” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut berhubung perkara itu kerana tidak mahu menjawab soalan berkaitan peribadi pada sidang media hariannya.

Kelmarin, menerusi hantaran di Facebook, Ismail Sabri menafikan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan tidak mengamalkan penjarakan fizikal ketika lawatan kerja ke Melaka, baru-baru ini.

Tegasnya, beliau bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Seri Abd Rauf Yusof, duduk bersama dengan penjarakan fizikal ketika bergambar.

Turut dimuatnaik beberapa keping gambar yang menjadi bukti mereka melakukan penjarakan fizikal, sekali gus menolak fitnah pihak tertentu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here