Nurul Huda Abhar
KES positif harian Covid-19 mencatatkan 851 kes baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 68,020.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor masih mencatat kes harian tertinggi iaitu 249 kes, diikuti Sabah 229 kes dan Johor 109 kes.
Katanya, Kuala Lumpur mencatatkan 85 kes, Negeri Sembilan (62), Pulau Pinang (60), Perak (34), Kedah (26), Kelantan (2) serta masing-masing satu kes di Pahang dan Melaka.
“Bilangan kes sembuh Covid-19 hari ini adalah 658 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya kini 56,969 iaitu 83.8 peratus daripada keseluruhan kes,” katanya dalam sidang media hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, terdapat pertambahan tiga kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kematian adalah 363 iaitu 0.54 peratus daripada keseluruhan kes.
Tambahnya, sehingga kini terdapat 122 kes positif Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 47 memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

