Bob Lokman rasa ‘lain macam’

0
1

PELAWAK dan penulis lirik, Bob Lokman mengakui perasaannya kini ‘lain macam’ untuk menjalani pembedahan memasukkan alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD).

Bob berkata, dia akan dimasukkan ke sebuah hospital di Selangor esok dan jika semua pemeriksaan lancar, pembedahan itu boleh dilakukan.

“Namun, bila tarikh sebenar pembedahan, saya tidak tahu lagi. Semuanya bergantung dengan pemeriksaan doktor.

“Apa perasaan saya yang sebenar, hanya Allah yang tahu. Tapi, memang lain macam sikit walaupun ikutkan ini adalah pembedahan kali keempat saya.

“Harap semuanya selamat dan saya kembali sihat semula. Mohon sama-sama doakan saya untuk pembedahan ini,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Bob berkata keadaan kesihatannya kini lebih baik tetapi dia tidak boleh terlalu banyak bergerak kerana cepat berasa penat.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang sudah membantu menghulur sumbangan dan saya juga mohon maaf kepada semua di atas kesilapan dan kesalahan dalam kerjaya seni saya.

“Maafkan segala dosa saya sekiranya sudah membuat anda semua marah, benci dan tidak suka pada lawak dan lakonan saya ketika aktif dahulu,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here