Emas murah, 9 pemilik premis dikompaun gagal patuhi SOP

0
2

GARA-gara emas murah, sembilan pemilik premis di Kota Bahru, Kelantan dikompaun polis kerana gagal mematuhi prosedur standard operasi (SOP) pencegahan Covid-19.

Ketua Polis Kelantan,  Deputi Komisioner Shafien Mamat,  sembilan kompaun dikenakan itu adalah pada semalam dan hari ini kerana gagal mematuhi SOP ditetapkan.

“Kita maklum orang ramai mahu membeli emas, namun perlu memastikan pakai pelitup muka selain menjaga penjarakan sosial.

“Pada masa sama, saya sudah mengarahkan anggota supaya memantau lebih kerap di kedai emas dan akan mengambil tindakan sekiranya mendapati mereka gagal mematuhi SOP ditetapkan,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Terdahulu, penurunan harga emas sejak minggu lalu menyaksikan orang ramai di sekitar Kota Bharu, berduyun-duyun mengambil peluang berkunjung ke kedai-kedai emas.

Malah di sesetengah kedai emas didapati, para pelanggan dilihat tidak terkawal daripada aspek pematuhan SOP.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Zaini Hussin, mengingatkan pembeli dan penjual emas supaya menitikberatkan SOP kerana kes Covid-19 di Kelantan semakin meningkat.

“Setakat ini Kelantan sudah mempunyai tiga kluster dan kita berharap kerjasama semua untuk memutuskan rangkaian Covid-19,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here