Selangor tawar RM20,000 bagi maklumat penjenayah alam sekitar

0
2

KERAJAAN Selangor menawarkan ganjaran bernilai RM20,000 untuk maklumat sehingga penjenayah alam sekitar dapat dihukum mengikut undang-undang undang-undang.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata usaha itu bertujuan memastikan penglibatan orang awam dalam membanteras kegiatan jenayah alam sekitar.

“Maklumat berterusan dan berguna diperlukan supaya mereka yang tidak bertanggungjawab ini dapat diberkas dan didakwa, sehingga disabitkan kesalahan di mahkamah.

“Kerajaan negeri telah merangka pelbagai strategi jangka pendek, sederhana dan panjang bagi meminimumkan kesan pencemaran sungai terhadap warga Selangor.

“Dengan sokongan dan penglibatan orang awam, tanggungjawab bersama untuk memelihara sumber air akan menjadi lebih berkesan dan diharap mampu menggugat kegiatan jenayah tidak beretika ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pada 9 November lalu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan pindaan Enakmen Lembaga Air Urus Selangor yang mengenakan hukuman lebih berat termasuk penjara mandatori dan denda maksimum RM1 juta.

Belanjawan Selangor 2021 menyediakan peruntukan khas bagi menangani isu pencemaran termasuk meluaskan penggunaan teknologi antaranya dron. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here