Operasi pasar harian di kawasan PKPB dilanjut sehingga 4 petang

0
2

KERAJAAN hari ini bersetuju melanjutkan operasi pasar harian bermula jam 10 pagi sehingga 4 petang di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Kanan (Keselamatan) itu berkata ia akan dilaksanakan dengan penglibatan dan pengawasan pihak Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta prosedur operasi standard (SOP) ketat yang telah ditetapkan.

“Pelanjutan ini akan berkuat kuasa mulai esok dan pelaksanaan ini selari dengan pelanjutan waktu operasi premis perniagaan lain seperti kedai makan dan kedai runcit yang mendapatkan barangan daripada pasar harian ini,” katanya.

Ismail Sabri berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rungutan berkaitan kekangan dialami peniaga kecil di pasar-pasar harian di kawasan PKPB yang ketika ini beroperasi dari jam 10 pagi hingga 2 petang.

Pada 23 November lalu, kerajaan memutuskan untuk melanjutkan waktu operasi premis perniagaan sehingga jam 12 tengah malam bermula 24 November.

Ia meliputi premis perniagaan bagi restoran, kedai runcit dan serbaneka, stesen minyak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here