Covid-19: Kerajaan laksana saringan RTK Antigen untuk pekerja asing

0
1

Nurul Huda Abhar

KERAJAAN akan melaksanakan ujian saringan Covid-19 menggunakan RTK Antigen kepada pekerja asing secara berperingkat dan bersasar, mulai 1 Disember di Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah serta Labuan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sebelum ini telah memutuskan untuk melaksanakan ujian saringan Covid-19 menggunakan kaedah itu kepada seluruh pekerja asing di negara ini.

“Sidang Khas hari ini telah mendengar pembentangan Kementerian Sumber Manusia (KSM) berkenaan jadual serta mekanisme pelaksanaan ujian ini,” katanya dalam sidang media, hari ini

Menurut beliau, mekanisme pelaksanaan ujian saringan adalah seperti berikut:

  1. Majikan mengatur temujanji dengan fasiliti kesihatan swasta bagi ujian Covid-19 kaedah RTK-Antigen
  2. Fasiliti kesihatan swasta menjalankan ujian mengikut SOP ditetapkan KKM
  3. Kos perkhidmatan klinik/ hospital perlu dibayar oleh majikan.
  4. Kos kit ujian (RM60) ditanggung Perkeso untuk ujian pertama kali sahaja.

Ismail Sabri berkata, KSM juga telah mula melaksanakan penguatkuasaan ke atas perumahan serta penempatan pekerja warga asing di bawah Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 Akta (Akta 446).

“Semalam beberapa kilang di beberapa negeri telah dikenakan tindakan kerana tidak mematuhi standard yang ditetapkan di bawah Akta 446,” ujarnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here