Bercakap mengenai jodoh, tiada siapa pun tahu rahsia Allah yang tersimpan rapi di Luh Mahfuz.
Malah setiap insan mempunyai perjalanan cinta yang berbeza dan amat sukar diduga.
Namun, kisah diceritakan seorang wanita ini sangat istimewa dan membuktikan betapa indahnya takdir aturan Tuhan.
Menerusi aplikasi Tiktok miliknya, Fara Azime berkongsi kisah hidupnya yang telah berpisah dengan suami selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.
Menurut Fara, hasil perkahwinan yang dibina pada 2015 itu, dia dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Bagaimanapun, setelah setahun membawa haluan masing-masing, ternyata jodoh mereka masih kuat.
Jelas Fara, dirinya tidak menyangka untuk bertemu jodoh sekali lagi dengan bekas suami dan menyifatkan perkahwinan kali kedua ini adalah perancangan Allah paling indah untuk mereka berdua.
“Jodoh maut semua di tangan Allah, siapa kita nak pertikaikan? Allah is the best planner. Alhamdulillah,” tulis Fara pada video Tiktok miliknya baru baru ini yang telah meraih lebih 90,000 jumlah tontonan.
Fara dan suami diijabkabul kali kedua pada November 2019 selepas lebih setahun berpisah dan bercerai.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen gembira melihat wanita itu kembali menemui kebahagiaan dalam hidupnya.
Mereka tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik untuk Fara dan suami. – Malaysiapost

