Zahid, pemimpin Umno jumpa Tengku Zafrul

0
1

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama beberapa pemimpin parti itu hari ini mengadakan perbincangan dengan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Ia pertemuan terakhir sebelum pengundian Belanjawan 2021 dilaksanakan di Dewan Rakyat esok, bagi menentukan sama ada ia diluluskan atau ditolak majoriti Ahli Parlimen.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan dan dua Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Shahidan Kassim serta Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di Facebooknya memaklumkan keempat-empat pemimpin hadir bagi mewakili 42 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Katanya, antara lain pertemuan itu adalah bagi menyampaikan suara rakyat yang mahu kerajaan memperlonggarkan syarat-syarat pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan isu berkaitan lanjutan moratorium.

“Insya-Allah moga-moga ada perkhabaran yang positif daripada sesi penggulungan yang akan dibuat Menteri Kewangan esok,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here