Nurul Huda Abhar
KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) berharap barisan Ahli Parlimen akan membuat keputusan yang mengambil kira kepentingan sejagat ketika pengundian Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat esok.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pengundian berdasarkan kebijaksanaan pemimpin amat diperlukan tatkala negara dilanda wabak Covid-19.
“KKM yakin dan faham dengan situasi semasa iaitu pandemik Covid-19 dan situasi kewangan negara. Kita berharap Ahli-Ahli Parlimen akan mengundi dengan bijaksana,” katanya dalam sidang media hari ini.
Dr Noor Hisham menjawab pertanyaan media mengenai harapan beliau menjelang pengundian Belanjawan 2021
Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, pada 6 November lalu adalah yang pertama sejak Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pentadbiran negara. – Malaysiapost

