Zlatan berang dirinya dipergunakan

0
2

PENYERANG bintang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic berang tindakan EA Sports menggunakan ‘dirinya’ untuk mengaut untung tanpa kebenarannya.

Penyerang kelahiran Sweeden berusia 39 tahun itu kesal dengan tindakan syarikat perisian permainan video bola sepak terkemuka itu yang jelas telah mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Menerusi ciapan twitter miliknya baru-baru ini, Zlatan menempelak EA Sports dengan mendakwa nama, imej dan wajahnya digunakan dalam perisian permainan video tersebut tanpa keizinannya.

“Siapa yang memberikan keizinan kepada FIFA EA Sport untuk menggunakan nama dan wajah saya? @FIFPro?

“Saya tak sedar yang saya menjadi ahli Fifpro, dan jika ya, saya diletakkan di sana tanpa sebarang pengetahuan menerusi beberapa skil pelik.

“Dan yang pasti saya tidak pernah membenarkan @FIFAcom atau Fifpro menjana wang menggunakan saya.

“Seseorang telah memperoleh keuntungan atas nama dan wajah saya tanpa perjanjian selama ini. Masa untuk menyiasat,” katanya.

Meskipun Zlatan menafikan bahawa dirinya bukan ahli Fifpro, namun pada tahun 2013 dirinya tersenarai dalam FIFpro World XI dan telah hadir untuk mengambil penghargaan itu pada majlis FIFA Ballon d’Or di Zurich. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here