Pemandu ambulans maut negatif Covid-19

0
2

PEMANDU ambulans yang dilaporkan meninggal dunia selepas menghantar pesakit Covid-19 di Perak semalam, disahkan negatif virus itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia hasil beberapa ujian saringan Covid-19 yang dilakukan terhadap mangsa sebelum ini.

“Pesakit (pemandu ambulans) ada sejarah penyakit lain yang sedang dalam rawatan.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kematian. Yang pasti, ada beberapa penyakit lain,” katanya seperti dilapor Bernama.

Bagaimanapun Dr Noor Hisham enggan mengulas lanjut ketika ditanya berhubung perkara itu.

Tular di media sosial sejak semalam mengenai pemandu ambulans itu yang dikatakan meninggal dunia selepas menghantar pesakit Covid-19 ke sebuah hospital di Perak.

Gambar pemandu ambulans itu tular dalam keadaan terbaring dengan memakai peralatan perlindungan diri (PPE) serta dikerumuni beberapa petugas kesihatan yang cuba memberi bantuan kecemasan.

Difahamkan, pemandu ambulans berkenaan menghidap penyakit asma dan sewaktu kejadian, Allahyarham dipercayai keletihan sebelum tidak sedarkan diri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here