Kehadiran MP Keningau bikin Dewan Rakyat ‘panas’

0
2
Buletin Sabah credit

Fitri Nizam

[PARLIMEN] KEHADIRAN Ahli Parlimen Keningau, Datuk Dr Jeffrey Kitingan di Dewan Rakyat tanpa menjalani kuarantin 14 hari, menghangatkan keadaan apabila ia dipersoalkan oleh kem pembangkang.

Perkara itu dibangkitkan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH – Lembah Pantai) yang menyatakan terdapat Ahli Parlimen dari Sabah hadir ke Dewan Rakyat.

Justeru, beliau meminta Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Azalina Othman untuk mengambil tindakan berikutan terdapat arahan Ahli Parlimen dari Sabah untuk menjalani kuarantin 14 hari sekiranya pulang ke negeri terbabit.

Kemudian, Datuk Mohd Azis Jamman (Warisan – Sepanggar), bangun juga untuk mempersoalkan perkara itu.

“Apa yang saya tahu Yang Berhormat Keningau ada di dewan ini dan dia menghadiri Dewan Undangan Negeri Sabah pada Khamis, 15 November.

“Ini bermakna kalau ikutkan pengiraan, dia tidak sepatutnya ada di dalam dewan ini kerana asas kita dikuarantin untuk mengelak agar Ahli Parlimen tidak terjangkit dengan Covid-19,” katanya.

Bagaimanapun, Azalina kemudian membacakan jawapan yang diberikan Setiausaha Dewan Rakyat berhubung perkara itu.

“Yang Berhormat Keningau dibenarkan hadir oleh doktor klinik Parlimen kerana beliau telah mendapatkan release order (arahan pelepasan) selepas tamat kuarantin daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Surat pelepasan kuarantin Dr Jeffrey Kitingan

Sementara itu, Yang di-Pertua Dewan, Datuk Azhar Azizan Harun, berkata beliau telah meminta Ahli Parlimen Keningau untuk meninggalkan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga memaklumkan akan menghubungi Klinik Kesihatan Lembah Pantai untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung pelepasan yang diberikan kepada Jeffry.

Mengikut jawapan diberikan Azhar, Jeffry dikuarantin bermula 12 November sehingga 23 November.

Bagaimanapun, berdasarkan jawapan itu, Jeffry hanya menjalani kuarantin selama 12 hari sahaja. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here