Polis cari pemandu lawan arus di Klang

0
2

POLIS sedang mengesan pemandu yang melawan arus dari Persiaran Sultan Ibrahim berdekatan Jambatan Kota, Klang yang tular di Facebook semalam.

Berdasarkan video berdurasi 47 saat yang tular, kereta berwarna perak dipercayai Nissan Almera atau Toyota Vios dipandu secara melawan arus dan membahayakan pengguna jalan raya.

Kejadian itu dipercayai berlaku awal pagi semalam dan beberapa kenderaan mengelak daripada bertembung dengan kereta melawan arus tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata ia dipercayai berlaku di Persiaran Sultan Ibrahim berdekatan Jambatan Kota dari simpang Shah Alam menghala ke Klang.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Abdul Azim Mazlan di talian 013-4146144.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 ,” katanya menerusi kenyataan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here