Alif Satar positif Covid-19

0
3

Nilam Oshman

PENYANYI dan pengacara, Alif Satar memaklumkan beliau disahkan positif Covid-19.

Berita kurang baik itu dimaklumkan beliau menerusi Instagramnya hari ini.

“Assalamualaikum… Dalam kesibukkan Alif menjalankan penggambaran, Alif telah melakukan beberapa ujian saringan Covid-19.

“Malangnya, keputusan terkini yang Alif baru sahaja terima hari ini, telah menunjukkan bahawa Alif didapati positif Covid-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan dan mendukacitakan.

“Perkara pertama bila Alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga, isteri dan anak-anak Alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestingya kontak-kontak rapat yang telah berjumpa dengan Alif.

“Alif telah memberi nama kepada pihak KKM, kontak rapat yang Alif kenal pasti dalam tempoh 14 hari,” tulisnya.

Beliau turut memohon maaf kerana menyebabkan kesulitan kepada pelbagai pihak dan memohon semua agar mendoakan beliau diberi kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah SWT.

“Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan… Alif sekarang menjalani proses kuarintin,” katanya.

Alif baru sahaja selesai melakukan persembahan pentas separuh Akhir Muzik-Muzik, Jumaat lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here