Muhammad Mustakim Ramli
PENGASAS Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik gambar yang terselit bendera Barisan Nasional (BN).
Menerusi gambar di Facebook itu, Ahli Parlimen Muar berada di tengah laut menaiki bot nelayan yang memasang bendera BN.
“Ramai tanya kenapa naik bot ada bendera BN. Saya tiada masalah kerjasama dengan nelayan yang sokong BN.
“Tanggungjawab saya sebagai Ahli Parlimen adalah untuk berkhidmat kepada semua, tidak kira parti.
“Saya akan berkhidmat kepada semua orang Muar, bukan sahaja penyokong saya,” katanya.
Menerusi gambar berkenaan, bekas Menteri Belia dan Sukan kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu memaklumkan beliau turun ke laut untuk menggempur kapal korek pasir dan bot pukat tunda haram.
“Turun laut nak gempur kapal korek pasir dan bot pukat tunda haram. Jangan kacau periuk nasi nelayan Muar,” katanya. – Malaysiapost

