Mayat ditemui tergantung pada paip besi depan IPD Kota Kinabalu

0
2

MAYAT seorang lelaki ditemui tergantung pada paip besi berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, di Jalan Tunku Abdul Rahman, hari ini.

Mayat terbabit ditemui orang awam pada jam 9 pagi sebelum memaklumkan kepada anggota polis yang bertugas di pondok pengawal.

Dikatakan lelaki berusia 20-an tersebut sebelum itu dilihat berada berdekatan lokasi kejadian sambil memegang kain.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, sepasukan anggota dan pegawai polis ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berkenaan.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu ditemui tergantung di jambatan paip besi berhampiran IPD Kota Kinabalu. Pemeriksaan awal menunjukkan, kejadian dipercayai baru sahaja berlaku.

“Lelaki berkenaan dipercayai menggantung diri menggunakan kain yang diikat pada paip besi dan tiada sebarang unsur jenayah ditemui, namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Habibi, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here