Salah masih positif Covid-19, tak dapat beraksi lawan Leicester

0
1

UJIAN saringan Covid-19 terbaharu dijalani Mohamed Salah semalam menunjukkan dia masih positif virus berkenaan.

Keadaan itu sekali gus mengesahkan penyerang Liverpool itu tidak akan diturunkan dalam aksi Liga Perdana menentang Leicester City, Ahad ini, lapor Liverpool Echo.

The Reds berharap agar Salah dapat kembali menjelang pertemuan dengan pendahulu liga itu, namun Kementerian Kesihatan Mesir mengesahkan pemain tersebut tetap positif Covid-19 menerusi ujian terbaharu.

Jumaat lalu, Salah disahkan positif Covid-19 selepas dua ujian dijalankan terhadapnya.

Pemain berusia 28 tahun itu juga kemungkinan tidak dapat bermain dalam Liga Juara-Juara menentang Atalanta, selain belum pasti diturunkan ketika kunjungan ke Brighton pada Sabtu berikutnya.

Situasi itu satu lagi tamparan buat Liverpool dalam musim yang dihambat kecederaan dengan Thiago, Fabinho, Jordan Henderson dan Andy Robertson semuanya belum pasti diturunkan Sabtu ini.

Tempat Salah dijangka diambil oleh Diogo Jota, selain Xherdan Shaqiri, Takumi Minamino dan Divock Origi juga sedia untuk diturunkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here