LRA Rantau Panjang kembali beroperasi

0
2

LOJI Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang telah mula beroperasi semula jam 9.30 malam tadi setelah isu pencemaran yang dikesan berjaya diselesaikan dan mencapai tahap 0 TON.

Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata tiada gangguan bekalan air kepada pengguna kerana loji hanya dihenti tugas selama beberapa jam.

Terdahulu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerima laporan daripada Air Selangor berkenaan pencemaran bau seakan bahan pelarut dengan bacaan 1 TON.

Pencemaran bau itu dikesan di Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang kira-kira jam 7 malam tadi.

Susulan itu LRA Rantau Panjang dihenti tugas pada jam 7.10 malam, seterusnya menjalankan siasatan dan tindakan mitigasi segera. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here