Bekas Menteri Kebudayaan meninggal dunia

0
1

BEKAS Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim meninggal dunia pada usia 68 tahun awal pagi tadi.

Difahamkan, bekas Ahli Parlimen Tampin itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.10 pagi dipercayai di sebuah hospital di Ampang, Kuala Lumpur.

Perkara itu disahkan isterinya, Datin Bahariah Yusuf melalui mesej di aplikasi WhatsApp.

‎”Bagi pihak keluarga, ingin saya maklumkam kepulangan suami tercinta, Datuk Mokhtar Hashim ke Rahmatullah pada 3.10 pagi, Rabu 18 November 2020.

“Urusan solat jenazah dan pengebumian akan dimaklumkan seterusnya.

“Mohon bersama-sama kita mendoakan agar roh beliau sentiasa dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Aamiin Ya Allah,” katanya.

Allahyarham yang aktif berpolitik pada tahun 80-an pernah menggemparkan negara kerana membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Taha Talib.

Pada 6 Mac 1983, Allahyarham dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas didapati bersalah atas kesalahan itu.

Bagaimanapun, hukuman tersebut diubah kepada penjara seumur hidup dan dibebas pada 10 Julai 1991 selepas mendapat pengampunan Diraja. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here