KETUA Pengarang Sinar Harian, Datuk Baharom Mahusin meninggal dunia sebentar tadi.
Berita itu disahkan sendiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarahnya, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dalam Twitter beliau.
Menurutnya, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
“Saya bersaksi bahawa arwah seorang yang amat baik.
“Semoga ALLAH SWT memberi tempat terbaik buat beliau,” katanya dalam ciapan di akaun Twitter miliknya. -Malaysiapost

