Beri ‘moratorium’ kepada rakyat, peniaga bukannya runtuhkan gerai, rumah – Noh Omar

0
1

Muhammad Mustakim Ramli

KERAJAAN Selangor perlu memberi ‘moratorium’ kepada rakyat dan peniaga di negeri itu dalam membantu meringankan beban akibat kesan pandemik Covid-19.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar, berkata dalam situasi terdesak sebegini langkah berkenaan adalah tepat berbanding ‘sibuk’ mencari salah dengan meruntuhkan rumah dan gerai mereka yang dalam kesempitan.

“Macam Kerajaan Negeri Selangor…mereka menyusahkan rakyat. Patutnya kalau nak membantu bukan sahaja melalui moratorium malah cukai pintu, cukai petak, lesen berniaga patutnya diberi ‘moratorium’ juga.

“Ini perlu dilakukan secara menyeluruh. Macam di Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa sudah jalankan.. rakyat tengah susah mereka mahu berniaga jadi bagi sahaja lah.

“Bukan masa sekarang ini nak pergi runtuh gerai, susahkan mereka yang nak ‘renew’ lesen. Di Selangor surat ‘warning’ nak runtuh rumah pun ada dalam situasi Covid-19 ini. Ini kerajaan apa?,” katanya ketika ditemui Malaysiapost.

Sementara itu, ditanya mengenai krisis air Selangor, Noh berkata kerajaan negeri perlu memberi air secara percuma kepada rakyat yang terpaksa berhempas pulas susulan krisis air yang melanda negeri itu kebelakangan ini.

Ahli Parlimen Tanjung Karang itu berkata, rakyat negeri itu perlu diberi ‘imbuhan’ selepas terpaksa bersusah payah atas kelemahan kerajaan negeri dalam menangani isu itu.

“Kerajaan Selangor mesti bertanggungjawab, sekurang-kurangnya bagilah air percuma sebulan. Tak payah kutip bil.. bagi sahaja secara percuma.

“Ini sebagai menghargai susah payah mereka apabila air tiada. Rakyat sudah letih dengan situasi ini.. bayangkan yang duduk di tingkat lima nak bawa air macam mana? bukannya ada lif.

“Jadi apa pembalasan kerajaan negeri kerana dia yang silap, dia tak reti mengurus sungai, tak reti urus air… rakyat yang susah jadi sepatutnya rakyat perlu diberi sedikit imbuhan,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here