Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Datin Manis Muka Mohd Dara meninggal dunia di Hospital Gleneagles, tengah hari tadi.
Menurut sumber, wakil rakyat berusia 65 tahun itu dimasukkan ke hospital kerana masalah buah pinggang.
“Beliau dimasukkan di unit rawatan rapi (ICU) semalam dan meninggal dunia tengah hari tadi,” katanya.
Dalam pada itu, sumber parti berkata, Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital berkenaan malam tadi akibat menderita sakit buah pinggang.
Terdahulu, menerusi hantaran di akaun Facebook anak perempuannya, Fara Deeba Sabardin memberitahu bahawa ibunya sedang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan kerana masalah buah pinggang.
Pada pilihan raya negeri yang lalu, Manis Muka mempertahankan Bugaya dengan majoriti 6,005 undi selepas mendapat 8,557 undi.
Allahyarhamah, yang juga Ketua Wanita Parti Warisan Sabah (Warisan) Semporna mempertahankan kerudi DUN Bugaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah lalu, dalam saingan tujuh penjuru mengalahkan calon Perikatan Nasional (PN), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), Parti Cinta Sabah (PCS) dan dua calon Bebas. -Malaysiapost

