ADUN Morib, Hulu Kelang nafi sertai PKR

0
2

DUA Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan mereka mengikut jejak langkah ADUN Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar untuk menyertai PKR.

ADUN terbabit adalah dari Morib, Hasnul Baharuddin dan Hulu Kelang, Saari Sungib yang dikatakan akan meninggalkan Amanah untuk menyertai PKR.

Menafikan spekulasi itu, Hasnul berkata, beliau tidak pernah mengisi borang untuk menyertai apa-apa parti termasuk PKR.

“Tak betul tu (dakwaan sertai PKR). Tadi ada orang hantar kepada saya nombor keahlian (dalam PKR), saya memang tidak pernah isi apa-apa borang atau bagi maklumat diri untuk menyertai PKR dan itu memang tidak betul.

“Saya nafikan keahlian tersebut dan masih setia dengan parti saya,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Mengambil pendekatan sama, Shari turut menolak dakwaan tersebut dan berkata tiada sebab untuk dirinya melompat parti dalam satu gabungan.

“Saya nafikan. Buat apa nak lompat parti sesama kawan (gabungan),” katanya.

Terdahulu, Amanah Selangor dalam satu kenyataan mengesahkan Fakhrulrazi bukan lagi anggota parti itu namun ADUN Meru itu berkata, beliau tidak pernah mengisytihar keluar parti.

Beliau juga mendakwa tidak menerima sebarang notis sebaliknya mengetahui perkara itu melalui media sosial.
-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here