SOP masjid, surau bawah bidang kuasa Raja dan kerajaan negeri

0
1

Nurul Huda Abhar

BEBERAPA individu tampil di media sosial mempertahan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kebenaran pengajuran Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH).

Pemilik akaun Facebook, Wan Khairul Wan Ihsan WK mempertahankan prosedur operasi standard (SOP) yang diperkenalkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk kebaikan rakyat.

Jelas Wan Khairul, SOP berkaitan dengan hal ehwal agama adalah berada di bawah bidang kuasa sultan dan kerajaan negeri, bukan tertakluk di bawah MKN.

Katanya, netizen terutamanya musuh politik cuba mengambil kesempatan menyerang Ismail dalam isu berkenaan.

“Dari wawancara Ismail di Bernama TV 13 Nov, semalam menjelaskan dua perkara yg menjadi pertikaian netizen dan Ismail menjadi papan sasar serangan mereka-mereka yang cuba mempertikaikan keputusan SOP tersebut.

“Dalam isu pertama ialah dalam soal Kebenaran dan had jumlah jemaah di masjid untuk solat waktu dan solat jumaat.

“Jelas Ismail dalam wawancara itu ialah keputusan dan ketetapan berkaitan hal ehwal agama berada di bawah bidangbkuasa sultan dan kerajaan negeri,” katanya dalam satu catatan di Facebooknya.

MKN menerima kecaman orang ramai apabila sektor ekonomi berjalan seperti biasa semasa perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tetapi masjid dan surau ditutup.

Malah, lebih menimbulkan kemarahan masyarakat apabila institusi hiburan termasuk ABPBH dibenarkan dengan SOP yang ditetapkan.

Bagi pemilik akaun Facebook bernama Syed Agil Jamalullail, dia berkata SOP untuk masjid dan surau adalah tidak sama seperti institusi lain yang berada di bawah undang-undang peraturan MKN.

“Kebenaran buka masjid, jumlah, SOP jemaah , apa sahaja perkara berkaitan agama, adalah di bawah kuasa negeri dan mesti diperkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan setiap negeri.

“Jawapan daripada penasihat-penasihat agama istana, Ulul Amri kita, terpaksa mengambil kira sifat, karektor, jenis, kumpulan orang yang ke masjid, untuk membuat keputusan SOP yang lebih ketat berbanding di tempat shopping (beli belah), joging, dan riadah yang lain,” katanya.- Malaysiapost