Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Deepavali

0
3

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini, mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada semua penganut Hindu di Malaysia.

Menerusi satu hantaran di akaun Facebook Istana Negara, kedua-dua Seri Paduka menyampaikan ucapan berkenaan.

“Semoga festival cahaya akan menerangi kehidupan anda dengan keamanan, kemakmuran, kesihatan dan kegembiraan,” menurut hantaran tersebut. 

Perayaan itu disambut oleh masyarakat Hindu. Ia diraikan pada bulan gelap bernama ‘aippasi’ pada bulan Oktober dan November.

Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. -Malaysiapost