Nurul Huda Abhar
PENGURUSAN Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan sebanyak 391 kawasan di wilayah yang terjejas masih lagi dalam proses pemulihan ekoran henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Fasa 1, 2, 3, dan Rantau Panjang.
Air Selangor menerusi kenyataan jam 7.30 pagi, memaklumkan 888 (69 peratus) kawasan telah menerima bekalan air sepenuhnya dari 1,279 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual.
Peratusan pemulihan mengikut wilayah adalah seperti berikut :
Petaling 60 peratus
Klang/Shah Alam 51 peratus
Gombak 55 peratus
Kuala Lumpur 75 peratus
Hulu Selangor 87 peratus
Kuala Langat 80 peratus
Kuala Selangor 99 peratus
“Pengguna disarankan untuk membiarkan air bersih mengalir sehingga jernih sebelum digunakan.
“Air Selangor berharap pengguna yang mendapat bekalan air bersih menggunakan secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang terjejas lancer seperti dijadualkan,” katanya hari ini.
Air Selangor dalam kenyataan semalam memaklumkan pelan pemulihan gangguan bekalan air dibahagikan kepada dua kumpulan berikutan henti tugas LRA Fasa 1,2,3 serta Rantau Panjang.
Ia susulan terdapat pencemaran bau seakan-akan pelarut yang dikesan di Sungai Selangor, kelmarin. – Malaysiapost

