ATLET gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi mendapat hadiah istimewa daripada Amerika Mattel iaitu patung karektor ‘Barbie’ edisi khas yang menyerupai dirinya.

Barbie edisi khas tersebut dihasilkan untuk projek ‘Dream Gap’ yang bertujuan memberi semangat kepada golongan muda mengejar impian menjadi seorang atlet yang bertemakan ‘You can be an attlete’.
Apa yang lebih menarik adalah, patung Barbie edisi khas itu menyerupai ikonik Farah Ann, yang memaparkan imej berambut hitam, dan berbaju warna merah jambu, putih dan emas.
Baju dipakai patung edisi khas tersebut adalah pakaian sama dipakai Farah Ann pada temasya Sukan Sea ke-29 di Kuala Lumpur dan Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast.
“Saya percaya kita semua mampu mencapai impian dan matlamat kita tidak kira apa pun.
“Anda hanya perlu ingat bahawa kepercayaan diri adalah senjata utama dalam mencapai apa-apa,” katanya dalam kenyataan semalam.
Barbie edisi khas diberi nama ‘Shero’ adalah patung pertama dan satu-satunya yang dicipta di Malaysia dan tidak terdapat di mana-mana premis.
Selain Farah Ann, terdapat beberapa atlet Malaysia yang lain turut dipilih menjadi model Barbie.
Antaranya jaguh skuasy Datuk Nicol Ann David, penyelam Olimpik Leong Mun Yee, pemain boling Shalin Zulkifli, dan pemain ski laju Anja Chong.
Sementara itu, Amerika Mattel turut membuat video khas dengan Farah Ann, yang memaparkan rakaman ketika beliau berusia 9 tahun. – Malaysiapost

