Selangor berdepan masalah pencemaran sungai lagi

0
1

ISU bekalan air serta pencemaran sungai di Selangor ibarat ‘terkena sumpahan’ terbaru pencemaran bau seakan-akan solvent (pelarut) dikesan di Sungai Selangor, hari ini.

Susulan itu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memaklumkan Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, SSP 1, 2, dan 3 telah dihenti tugas sekitar jam 12.20 hingga 12.45 tengah hari tadi.

“Ia dihenti tugas disebabkan oleh pencemaran bau seakan-akan solvent telah dikesan di Sungai Selangor.

“Bau itu dikesan sekitar 8 Ton di LRA Rantau Panjang dan setakat jam 6 pagi tadi rekod bacaan terakhir masih 0 Ton,” katanya menerusi Facebook.

Katanya, LUAS kini bersama Air Selangor dan pihak-pihak berkaitan sedang menjalankan siasatan dan tindakan-tindakan mitigasi segera.

“Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya. -Malaysiapost