Langgar SOP: Beri dalil lepaskan kawan-kawan – Saifuddin

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

[Parlimen] JIKA rakyat lakukan kesalahan kena penjara dan denda namun apabila kawan-kawan hanya kompaun, kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PKR – Kulim – Bandar Bharu).

Beliau berkata, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat mematuhinya namun apabila membabitkan ‘orang besar’ yang melakukan pelanggaran bukan sekadar tidak ditegur, malah ada pihak menyokong.

“Bila berlaku kepada kawan-kawan.. terang-terang.. dalil salah, dalil kompaun. Rakyat (kena) penjara, denda. Kenapa kompaun? Sah berlaku kesalahan… serah polis siasat, polis serah AG (peguam negara), AG kepada polis…polis kepada AG.. last-last terlepas.

“Kemudian kita beri dalil benarkan pula… hud-hud la. Borang tak bagi la.. langkah terpuji kerana tak pakai (pelitup muka)… segala macam. Jangan underestimate wisdom of people (memandang rendah kebijaksanaan orang).

“PKP rakyat patuh tetapi apabila ‘orang besar’ lakukan pelanggaran bukan sahaja kita tidak tegur, kita lepaskan dan siap sokong lagi,” katanya ketika mencelah perbahasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, hari ini. – Malaysiapost